top of page
806A0345.JPG
M(a)cropreneurs Accelerator Program (MAP) 

Adakah anda seorang usahawan belia atau belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan? Program ini mungkin untuk anda! 

Accelerate Global bersama  Zak Capital telah melancarkan satu 'Program Accelerator' secara komprehensif selama 6 bulan. Ianya bertujuan untuk memberi fokus kepada golongan belia dalam program peningkatan kemahiran dan bimbingan secara percuma. Terdapat juga peluang suntikan modal kepada usahawan belia bagi mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka! Belia yang terpilih akan berpeluang menerima suntikan modal sehingga RM 10,000 setiap seorang / syarikat bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Apa itu MAP? 

Program 3 Dalam 1 

Program ini merangkumi program peningkatan kemahiran, mentoring dan juga peluang pembiayaan modal sehingga RM 10,000 bagi membantu belia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka selepas tamat Program ini.

Selepas Waktu Bekerja / Kelas

Program ini akan berlangsung selama 6 bulan dimana 2 bulan merupakan program peningkatan kemahiran dan 4 bulan mentoring. Kelas akan diadakan tidak lebih dari 2 kali seminggu dan waktu kelas akan diadakan selepas waktu bekerja atau waktu pengajian (Program akan bermula pada bulan Ogos 2023). 

Pembelajaran Secara Dalam Talian / Hybrid 

Kesemua kelas akan diadakan secara dalam talian (online) melalui Google Meets. Kelas secara physical akan diadakan mengikut kesesuaian dan juga mengikut komitmen para peserta. Kesemua kelas juga akan direkod untuk memudahkan sesi ulangkaji.

Fasa Program MAP 

8.png

Bolehkah saya sertai MAP? 

Syarat Umur & Kelayakan 

Program ini terbuka untuk para belia; Warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18-30 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada para belia yang kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan modal perniagaan.

Idea Bisnes

Para belia mesti mengemukakan "pitch deck" menerangkan tentang bisnes idea dan pelan bisnes (Klik disini untuk dapatkan template pitch deck). Kami sangat menggalakkan anda untuk menulis dengan jelas tentang prototaip/"pilot project" serta rekod jualan jika ada. Jika tidak, sertakan bisnes idea dan juga"business model" yang jelas. 

Ilmu/Pengalaman

Para belia mesti mempunyai pengalaman berniaga atau membantu keluarga / rakan berniaga (secara berkecil-kecilan mahupun secara besar-besaran) atau sedang menjalankan bisnes yang sedang beroperasi. Kami menerima perniagaan yang belum berdaftar dengan syarat anda mempunyai bukti pengalaman berniaga atau rekod jualan/pelanggan sebelum ini. 

Kemampanan  

Para belia mampu untuk mempamerkan pelan jangka panjang dan daya kemampanan perniagaan. Kami menggalakkan anda untuk menyertakan dan melampirkan pelan 3 tahun ataupun "exit plan" anda jika anda ada.

Kohort Pertama Sedang Berlangsung

Tapi jangan risau! Anda boleh mohon sekarang dan kami akan hubungi anda apabila kohort kedua dibuka!

bottom of page