Accelerate Global & Alliance Islamic Bank: Program Pembangunan Ekonomi
Membantu Usahawan Mikro Mengembangkan Bisnes & Meningkatkan Hasil Pernigaan
Accelerate Global bersama-sama Alliance Islamic Bank telah melancarkan Program Peningkatan Keusahawanan yang akan dijalankan semalam tiga bulan. Program keushawanan ini bertujuan membantu usahawan mikro di Lembah Klang untuk mengembangkan bisnes mereka secara mampan dan efektif. Accelerate Global dan Alliance Islamic Bank percaya dengan potensi industri keusahawanan dalam membantu para masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup serta membantu mereka meningkatkan kuasa beli lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi pasca pandemik.
Butiran Lanjut Program
Program Berlangsung Selama 3 Bulan
Program ini adalah percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh Alliance Islamic Bank. Usahawan yang menyertai program ini akan menjalani program peningkatan kemahiran selama sebulan dan seterusnya program bimbingan bersama pembimbing industri selama dua bulan. Kelas akan diadakan dua kali seminggu selepas waktu bekerja atau berdasarkan pilihan majoriti peserta program. Usahawan juga akan diberi peluang untuk bersuai kenal dengan para pembimbing industri sebelum digandingkan dengan mereka untuk memastikan gandingan mentor-mentee yang berkesan dan efektif.
Pembelajaran Secara Dalam Talian & Hybrid
Kelas akan diadakan secara dalam talian melalui Google Meets. Kelas yang akan diadakan secara fizikal melibatkan makan malam, lawatan sambil belajar, kelas bimbingan dan juga majlis graduasi. Kesemua kos kelas fizikal dibiayai oleh Alliance Islamic Bank.
Pendaftaran Bisnes & Peluang Pembiayaan
Program ini juga membuka peluang kepada para usahawan untuk mendaftar bisnes mereka dan membuka akaun bank bagi membantu mereka mengembangkan lagi bisnes mereka lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai bisnes dalam talian. Terdapat juga peluang pembiyaan dari pihak Accelerate Global (tidak lebih dari RM 3,000) untuk membantu para usahawan mengembangkan bisnes (tergantung kepada potensi bisnes).
Apakah topik yang akan dipelajari?
Siapa yang boleh sertai program ini?
Pendapatan Isi Rumah
Program ini khusus untuk usahawan yang jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM 3,400 mengikut purata ambang pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Bisnes Beroperasi
Usahawan yang berminat untuk menyertai program ini mesti mempunyai bisnes yang sedang beroperasi dan dapat dapat membuktikan pengoperasian melalui rekod jualan, hebahan pemasaran dan/atau transaksi perniagaan melalui WhatsApp dan/atau mana-mana medium komunikasi lain. Kami mengalu-alukan dan menerima usahawan yang mempunyai perniagaan tidak berdaftar dengan syarat boleh membuktikan pengoperasian pernigaan.
Umur dan Lain Lain
Program ini dibuka kepada usahawan yang berumur dari 25-45 tahun. Para usahawan juga haruslah menetap di Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur).
Permohonan Kini Dibuka!
Jika anda merupakan rakan NGO/perusahaan sosial, anda digalakkan untuk menghantar permohonon bagi pihak komuniti anda!
Jika anda seorang usahawan dan memenuhi kriteria di atas, anda digalakkan untuk memohon secara individu!
*Permohonan akan ditutup apa 30 Disember 2023 atau setelah quota 50 usahawan dipenuhi*